Updates Kini

Memaparkan kisah2 yang pelbagai sama ada kisah hidup penulis atau kisah hidup orang lain.

Tuesday 17 November 2015

Reset Minda bersama Prof. Muhaya - Tujuan ada anak

Assalamualaikum semua. :)


Jom reset minda seketika bersama Profesor Muhaya :) 


Jika diperhatikan, kita kadang selalu berfikiran negatif dan terbawak2 dengan pemikiran yang telah diterapkan sejak kita kecil lagi.. 




Zaman dulu dan sekarang ada bezanya, ada yang boleh terima cara kasar yang diajar oleh ibu dan bapa, ada yang tak boleh. Frankly speaking, aku nampak perkara ni sebab aku jugak seorang anak. :) 


Dah2, tamau cakap banyak, jom layannn..


Kat bawah ni aku sediakan intipati dari video di bawah supaya korang tak bosan:

  • Nak anak pandai akademik, anak tak cemerlang, marah, tapi fikir, apa tujuan kita ada anak sebenarnya??? 
  • Akademik bukan penentu peningkatan akhlak dan ibadah anak. 
  • Fokus pada selain akademik sperti kesihatan dan emosi anak. 
  • Jangan sesekali keji dan kritik anak sebab akan beri kesan pada emosi dan keyakinan diri anak-anak. 
  • Beri penghargaan pada anak. 
  • Tangkap anak buat baik dari tangkap anak buat jahat.




~ Sharing is Caring ~

Ustaz Don Daniyal - Kesan Heboh Pertunangan dan majlisnya

Assalamualaikum uolls.. :)


Sumber: KLIK untuk lihat

Jom dengar serba sedikit tazkirah ringkas dari Ustaz Don Daniyal bin Don Biyajid mengenai kesan menghebohkan pertunangan dan majlisnya.


Di bawah saya sediakan sdikit intipati kandungan tazkirah untuk renungan bersama:

  • Tujuan Khitbah atau Bertunang adalah untuk mengenali sang wanita yang disukai. 
  • Majlis bertunang seperti majlis perkahwinan.
  • Kesan apabila dihebohkan dan terjadi perpisahan.
  • Kesan kepada hubungan persaudaraan antara dua keluarga.
  • Power of authority bagi ibu bapa.. Ke mana hilangnya??


Jom klik di bawah untuk menonton. Sama-sama kita ambil pengajaran. 


Dari Abdullah bin Amr r.a, bahwa Nabi SAW bersabda, 

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً 

“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)



~ Sharing is caring ~

Thursday 12 November 2015

RM 250, 000 hangus dek kebakaran di Mentakab

Baru-baru nie kita digemparkan dengan satu berita yang agak menyentuh hati. 11 November 2015, satu kebakaran di Mentakab, Pahang telah berlaku sekitar 4.30 petang yang melibatkan 3 rumah  termasuklah rumah seorang peniaga pasar malam, Asmah Arim yang berusia 57 tahun. Berita melaporkan beliau telah kehilangan sejumlah wang yang sangat besar nilainya iaitu RM 250, 000 yang disimpan sejak 32 tahun yang lalu di dalam tin biskut di dalam biliknya. 



 Ucapan takziah buat mak cik. :( Mesti susah kan nak kumpul banyak tu.. :( Katanya nak beli rumah baru. 

KLIK untuk berita penuh. 


Dalam masa 32 tahun seorang pekerja yang berniaga di pasar malam sahaja mampu kumpul 
RM 250k????

WT******????

Sungguh ajaib kan.. Sungguh kasihan..dan macam-macam lagi kita boleh kata kan.. Namun, di bawah ada sedikit coretan yang saya terima dari group whatsapp saya yang rasanya boleh membuka minda kita supaya lebih positif dalam menerima sesuatu berita especially berita sebegini. 


Pesanan mesej dari group whatsapp: 

"Sayangnya, boleh beli rumah tu."
"Itulah, lain kali simpanlah di bank."

Sedih melihat 'ibrah' (pengajaran) sesetengah stigma terhadap berita terbakarnya wang kertas simpanan seorang makcik bernilai Rm250k.

Beginilah sikap sesetengah orang yang 'biasa.' Iaitu, lebih gemar membicarakan jumlah wang, nilai harta, dan urusan jual beli milik orang lain. 

Seorang yang 'biasa', mempunyai senarai nasihat yang panjang untuk DUIT ORANG LAIN. Sayangnya, tidak sedikitpun difikirkan urus letak duit dan harta untuk diri mereka sendiri.

"Lagi baik kalau ditukarkan wang itu kepada emas."
"Inilah akibat tidak menzakat harta simpanan."
"Inilah pentingnya ilmu pengurusan kewangan".....

Orang yang 'luar biasa' pasti berfikir dari sudut yang berbeza.

"Hebatnya disiplin makcik ini menyimpan. 

AKU INGIN CONTOHI DIA."

"Aku ingin berniaga dan istiqamah seperti makcik ini."
"Inilah perjuangan terhadap institusi perbankan yang sejati."
"Tabahnya makcik ini mengekalkan gaya hidup sederhana. Tidak membazir sewenangnya."

Pasti Allah sedang angkat darjat keimanannya saat makcik ini tabah hadapinya. Dan lebih berharga, berapa banyak pengajarannya untuk diri kita.

P/s: Jutawan dan hartawan yang saya kenal, memang mereka tidak menyimpan wang mereka di bank (tidak semestinya simpan di rumah, cuma BUKAN DI BANK).

#OrangLainPunyaDuitKauYangPanas

Sekadar renungan kita bersama.


~ Sharing is Caring ~

Tutorial - Cara nak letak bilangan pengunjung yang online di blog

Assalamualaikum uollsss..

Hari ini saja gatal tangan nak ajar tutorial untuk letak bilangan pengunjung yang sedang online di blog kita okayy.. Sementara tengah-tengah tada keja ni kan.. :P

Pernah tengok tak imej seperti bawah??


Ha,, so hari ini saya nak ajar anda cara nak letak widget ni kat blog anda.. Yang mana dah tau tu, buat2 la tatau k and keepblogwalking here okayyy.. :D

Jom ikut langkah seperti dibawah:

1. Klik pada Layout. Akan keluar layout blog kita seperti kat bawah ni.


2. Klik pada Add a Gadget.


3. Nanti akan pop out satu window seperti di bawah. Kemudian Klik pada HTLM/JavaScript.


4. Sekarang akan pop out window ini pula. Rujuk SINI mengenai code untuk di"paste" kan dalam Content untuk menghidupkan widget di atas. 

5. Melalui link di atas, terdapat 4 jenis widget yang anda boleh pilih sebagai widget anda yer. Cuma double click pada code tersebut dan paste dalam content yer. dan save. Sekarang boleh klik "view blog" anda. 

Selamat Mencuba yer.. :)


~ Sharing is Caring ~




Azab Kubur - Sebab-sebab ia terjadi

Sumber gambar: Klik SINI untuk lihat.

Aku bersama Rasulullah, kemudian datang seorang lelaki dari Ansar, memberi salam ke atas nabi SAW kemudian berkata: siapakah mukmin yang paling baik. Jawab nabi: yang paling bagus akhlaknya. Dia bertanya lagi: siapa pula yang paling cerdik? Nabi jawab: Mereka paling banyak mengingati mati dan melakukan persediaan selepas itu, itulah orang yang paling bijak” 
(Sunan Ibn Majah:4259)
Sumber: KLIK untuk lihat


Sebab-Sebab terjadinya azab kubur: 

1. Kekafiran dan kesyirikan.

Sebagaimana azab yang menimpa Fir’aun dan bala tentaranya. Allah  berfirman:
“Maka Allah memeliharanya dari kejahatan tipu daya mereka, dan Fir’aun beserta kaumnya dikepung oleh azab yang amat buruk. Kepada mereka dinampakkan neraka pada pagi dan petang, dan pada hari terjadinya kiamat. (Dikatakan kepada malaikat): ‘Masukkanlah Fir’aun dan kaumnya ke dalam azab yang sangat keras’.” 
(Ghafir: 45-46)


2. Kemunafikan

Allah l berfirman:
“Di antara orang-orang Arab Badui yang di sekelilingmu itu, ada orang-orang munafik; dan (juga) di antara penduduk Madinah. Mereka keterlaluan dalam kemunafikannya. Kamu (Muhammad) tidak mengetahui mereka, (tetapi) Kamilah yang mengetahui mereka. Nanti mereka akan Kami siksa dua kali kemudian mereka akan dikembalikan kepada azab yang besar.” 
(At-Taubah: 101)


3. Tidak menjaga diri dari air kencing dan mengadu domba

Rasulullah bersabda:
مَرَّ النَّبِيُّ n بِقَبْرَينِ فَقَالَ: إِنَّهُمَا لَيُعَذَّبَانِ وَمَا يُعَذَّبَانِ فِي كَبِيرٍ، أَمَّا أَحَدُهُمَا فَكَانَ لاَ يَسْتَتِرُ مِنَ الْبَوْلِ وَأَمَّا الْآخَرُ فَكَانَ يَمْشِي بِالنَّمِيمَةِ. فَأَخَذَ جَرِيدَةً رَطْبَةً فَشَقَّهَا نِصْفَيْنِ فَغَرَزَ فِي كُلِّ قَبْرٍ وَاحِدَةً. فَقَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ، لِمَا فَعَلْتَ هَذَا؟ قَالَ: لَعَلَّهُ يُخَفَّفُ عَنْهُمَا مَا لَمْ يَيْبَسَا
Nabi n melewati dua kuburan. Beliau n bersabda: “Sesungguhnya keduanya sedang diazab, dan tidaklah keduanya diazab disebabkan suatu perkara yang besar (menurut kalian). Salah satunya tidak menjaga diri dari percikan air kencing, sedangkan yang lain suka mengadu domba antara manusia.” Beliau lalu mengambil sebuah pelepah kurma yang masih basah, kemudian beliau belah menjadi dua bagian dan beliau tancapkan satu bagian pada masing-masing kuburan. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, mengapa engkau melakukan hal ini?” Beliau menjawab: “Mudah-mudahan diringankan azab tersebut dari keduanya selama pelepah kurma itu belum kering.” 
(Muttafaqun ‘alaih dari Ibnu Abbas c)


4. Ghibah

Dari Anas bin Malik z, dia berkata: Rasulullah n bersabda:
لَمَّا عَرَجَ بِي رَبِّي عَزَّ وَجَلَّ مَرَرْتُ بِقَوْمٍ لَهُمْ أَظْفَارٌ مِنْ نُحَاسٍ يَخْمُشُونَ وُجُوهَهُمْ وَصُدُورَهُمْ، فَقُلْتُ: مَنْ هَؤُلَاءِ يَا جِبْرِيلُ؟ قَالَ: هَؤُلَاءِ الَّذِينَ يَأْكُلُونَ لُحُومَ النَّاسِ وَيَقَعُونَ فِي أَعْرَاضِهِمْ 
“Tatkala Rabbku memi’rajkanku (menaikkan ke langit), aku melewati beberapa kaum yang memiliki kuku dari tembaga, dalam keadaan mereka mencabik-cabik wajah dan dada mereka dengan kukunya. Maka aku bertanya: ‘Siapakah mereka ini wahai Jibril?’ Dia menjawab: ‘Mereka adalah orang-orang yang memakan daging (suka mengghibah) dan menjatuhkan kehormatan manusia’.”
(HR. Ahmad, dishahihkan Al-Albani t dalam Ash-Shahihah no. 533)

Hadits ini juga dicantumkan dalam Ash-Shahihul Musnad karya Asy-Syaikh Muqbil t)
Al-Hafizh Ibnu Rajab Al-Hanbali t menyatakan: “Sebagian ulama menyebutkan rahasia dikhususkannya (penyebab azab kubur) air kencing, namimah (adu domba), dan ghibah (menggunjing). Rahasianya adalah bahwa alam kubur itu adalah tahap awal alam akhirat. Di dalamnya terdapat beberapa contoh yang akan terjadi pada hari kiamat, seperti siksaan ataupun balasan yang baik. Sedangkan perbuatan maksiat yang akan disiksa karenanya ada dua macam: terkait dengan hak Allah l dan terkait dengan hak hamba. Hak-hak Allah l yang pertama kali akan diselesaikan pada hari kiamat adalah shalat, sedangkan yang terkait dengan hak-hak hamba adalah darah.
Adapun di alam barzakh, yang akan diputuskan adalah pintu-pintu dari kedua hak ini dan perantaranya. Maka, syarat sahnya shalat adalah bersuci dari hadats dan najis. Sedangkan pintu tumpahnya darah adalah namimah (adu domba) dan menjatuhkan kehormatan orang lain. Keduanya adalah dua jenis perkara menyakitkan yang paling ringan, maka diawali di alam barzakh dengan evaluasi serta siksaan karena keduanya.” 

(Ahwalul Qubur hal. 89)


5. Niyahah (meratapi jenazah)

Dari Ibnu Umar c, dari Nabi n, beliau bersabda:

إِنَّ الْمَيِّتَ يُعَذَّبُ بِبُكَاءِ أَهْلِهِ عَلَيْهِ
“Sesungguhnya mayit itu akan diazab karena ratapan keluarganya.” 
(Muttafaqun ‘alaih)


Dalam riwayat lain dalam Shahih Muslim:
الْمَيِّتُ يُعَذَّبُ فِي قَبْرِهِ بِمَا نِيحَ عَلَيْهِ 
“Mayit itu akan diazab di kuburnya dengan sebab ratapan atasnya.”Jumhur ulama berpendapat, hadits ini dibawa kepada pemahaman bahwa mayit yang ditimpa azab karena ratapan keluarganya adalah orang yang berwasiat supaya diratapi, atau dia tidak berwasiat untuk tidak diratapi padahal dia tahu bahwa kebiasaan mereka adalah meratapi orang mati. Oleh karena itu Abdullah ibnul Mubarak t berkata: “Apabila dia telah melarang mereka (keluarganya) meratapi ketika dia hidup, lalu mereka melakukannya setelah kematiannya, maka dia tidak akan ditimpa azab sedikit pun.” 
(Umdatul Qari’, 4/78)

Azab di sini menurut mereka maknanya adalah hukuman. 

(Ahkamul Jana’iz, hal. 41)


~ sharing is caring ~


Wednesday 11 November 2015

Dilwale Trailer Cecah Jutaan Views

Trailer sahaja sudah gempak, apatah lagi filemnya.. 


Hari ini hari ke-4 trailer filem Dilwale ditayangkan di youtube channel. Sudah mencapai 7,568,775 views dari penonton seluruh dunia. 

Save your date yaaa.. Releasing will be on 18th December 2015. Boleh bet la, mesti best ni. 



Mengikut sumber berita dari Astro Awani, jalan penceritaan dan sinopsis belum didedahkan dan masih  menjadi rahsia. 

Boleh baca di SINI

Sama-sama kita nantikannnn !!!!


~ sharing is caring ~

Fakta menarik mengenai daun ganja



Sumber: Suara Rakyat Silam - 09nov15 - 1.38am


** Daun ganja boleh hasilkan kertas sangat bermutu melebihi kualiti double AA kerana tidak akan kuning simpan lama untuk ribuan tahun.
** Menariknya 1 ekar pokok ganja sama dengan 4 ekar hutan perlu ditebang bagi hasilkan kertas.
** Seluar jean yg bermutu tahan lama, like better than Levis memerlukan daun ganja. TAHUKAH ANDA JEANS LEVI'S 501 YANG PERTAMA DIBUAT DARI FIBER GANJA.
** Biji pokok ganja boleh hasilkan minyak bagi buat plastik yg plastik tu mesra alam.
** Biji benih pokok ganja tinggi protien guna untuk produk makanan.
** Pokok ganja ada jantan dan betina, imej daun ganja yg famous tu pokok betina, pokok jantan pulak kurang daun dan tidak menarik.
**Keajaiban ganja dalam bidang perubatan akan membuatkan syarikat ubat Freemason terancam dan gulung tikar.


SEBAB UTAMA FREEMASON HARAMKAN GANJA

1. Pokok Marijuana, canabis, ganja, pot atau hemp TIDAK menimbulkan ancaman kepada masyarakat umum, sebaliknya Pokok Ganja adalah sangat berbahaya bagi syarikat-syarikat minyak, alkohol, tembakau industri dan sejumlah besar syarikat-syarikat kimia. Berbagai perniagaan besar, dengan pelaburan berbillion ringgit menggunakan pengaruh mereka, dengan menekan kebenaran melalui undang2.

2. Kebenarannya adalah jika ganja itu ditanam macam pokok kelapa sawit dan digunakan untuk dijadikan produk komersil, hal itu akan membuat bom atom industri! Pengusaha belum pernah dididik tentang potensi produk dari pokok ganja ini. Billionaire dan golongan2 elit telah bersekongkol untuk menyebarkan maklumat yang salah tentang tanaman yang sangat serbaguna ini, dan jika digunakan dengan betul, akan menghancurkan syarikat mereka.

3. Mana Perkataan buruk pasal ganja ini datang? Pada pertengahan tahun 1930-an, Pelabor industri arak, rokok dsb yg bakal terjejas telah membuat propaganda menodai nama baik dan fenomenal sejarah tanaman ganja ...

SALAH FAHAM MASYARAKAT TERHADAP MARIJUANA

++ Ganja adalah satu tumbuhan herba sebagaimana juga daun ketum,jika di ambil mengikut sukatan tertentu untuk menyembuhkan penyakit ia di bolehkan.

++ Kita akan hidup lebih sihat jika HOSPITAL dan FARMASI menjual ubat berasaskan ganja dan ketum, habbatus sauda, Zafaran etc.. tetapi sebaliknya kita disuruh telan pil2 merbahaya ciptaan Freemason (Rockefeller) yg mana pil2 itu sebenarnya meracun kita perlahan2.

++ Harus diingatkan bahawa, sesungguhnya ganja itu adalah sejenis tumbuhan, tumbuhan yang diciptakan ALLAH S.W.T , setiap tumbuhan ciptaan tuhan itu adalah yang paling baik, dan harus diingatkan bahawa pokok ganja itu sudah lama wujud sebelum tahun kelahiran Rasulullah lagi. Jadi sekiranya ia berbahaya & dikategorikan sebagai dadah, sudah pastinya rasulullah melarangnya.

++ itu 1, yang ke-2, ( mabuk ) ok, mari bukak kamus, mabuk itu adalah khayal, khayal bermaksud ( tidak berkelakuan seperti manusia normal ) jadi adakah ganja membuatkan penghisapnya jadi tidak normal?

++ Jika anda kata ya, sesungguhnya fakta anda salah, jawapannya TIDAK, orang yang menghisap ganja tidaklah khayal, tetapi merehatkan minda dan fizikal si penghisapnya, kebiasaannya orang yang tengah mabuk akan merogol, membunuh dan bertindak ganas sehingga sanggup melanggar undang2 negara, tetapi ganja tidak memyebabkan semua tu, kesan sampingan hisap ganja hanya ada 3 bende sahaja, saye ulang, 3 bende sahaja iaitu LAPAR, HAPPY DAN CERGAS ..

++ Kalau masih nak tetapkan pendirian anda dengan mengatakan ganja itu dadah, biar saye quote kan apa yg selalu org kata '' Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkahlaku pengguna apabila digunakan.

++ Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya '' ok, si penghisap ganja tahu bahawa ganja tidak menyebabkan ketagihan, dan tidak memberikan sebarang kemudaratan,TAK PERCAYA? Cuba tanya rawatan pemulihan dekat mana2 pusat serenti yang terdekat tentang cara rawatan penghisap ganja, anda sendiri akan tahu, jadi masih layakkah ganja diketegotrikan sebagai dadah?

++ Anda masih dengan pendirian kawan bahawa ganja membawa kemudaratan? cuba tengok GULA dan GARAM, hari2 kita menggunakaan gula dan garam dalam masakkan kita right? kalau tak letak garam, sedap tak masakkan kita? tidak bukan, macam tulah ganja, ia digunakkan untuk masakan, seperti gula dan garam, chopp, apa kaitan ngan kemudaratan kawan tanya? haha, gula dan garam jika digunakkan hari2, diambil dalam sukatan yg berlebihan, akan menyebabkan kemudaratan pada diri, jadi haramlah kan??

++ Iyalah, sebab anda cakap apa sahaja yang menyebabkan kemudaran adalah dadah, think about it ok, chopp, ulang balik, gula dan garam hari2 guna kalau tak guna ish memang tanak langsung la makan, betol tak? jadi secara automatiknya gula dan garam tu dah jadi satu ketagihan, tapi kene ingaat, kita boleh kawal bukan? haa , macam tu la ganja, kita boleh kawal penggunaannya, bukan bergantung hidup padanya, kita boleh kawal seperti kita kawal penggunaan gula dan garam, jadi masih layakkah ganja itu dikategorikan sebagai dadah?

++ Ganja termasuk dlm ketogori herba yg mujarab sebagai ubat serbaguna, malah tidak mendatangkan ketagihan..malah mnjadi ubat untuk menghilangkan ketagihan dadah kimia jenis lain..tp kenapa masih mengangap ia dadah merbahaya?

Kematian yg diakibatkan oleh ROKOK adalah berjuta setiap tahun..Kematian yg disebabkan penggunaan ubat tahan sakit (Painkiller) adalah dalam lingkungan 25000 orang di US sahaja...kematian akaibat tercekik kacang setiap tahun adalah dlm lingkungan seribu orang setiap tahun..Saudara tahu tak berapa orang mati di DUNIA akibat penggunaan Ganja? 0...yea..KOSONG..

Setakat ini,tiada kematian yg didokumentasi yg berpunca daripada penggunaan Ganja...Malah ganja juga tidak mendatangkan ketagihan..kesan sampingannya cuma merasa lapar selepas penggunaan.. Anggapan ganja menghancurkan rumah tangga adalah salah sama sekali.. Masalah tersebut adalah bepunca daripada dadah sintetik yg menyebabkan ketagihan melampau..sekali lagi ingin saya ulangi,ganja tidak menyebabkan ketagihan.. Jika anda seorang perokok dan beranggapan bahawa GANJA itu berbahaya, ROKOK sebenarnya beribu kali ganda bahaya daripada ganja..

ANDA SEBENARNYA TELAH DI MIND CONTROL OLEH MEDIA2 PRO MASON....

Masyarakat kita sekarang ni memang mudah dipengaruhi oleh pengaruh Yahudi-Freemason. contoh..yg baik diharamkan dan yang haram pula dianggap baik...

Kita harus membuka mata masyarakat, mengajar serta memberi pengatahuan yg lebih mendalam tentang kegunaan sebenar pokok semulajadi ini.. Malah kegunaannya yg serba boleh telah terbukti beberapa tahun sblum ianya diharamkan dlm undang2 ciptaan Freemason.

Pengharaman ini adalah berpunca dari Yahudi-Freemason yg mempertikaikan penggunaan pokok tersebut demi kepentingan sendiri.. secara saitifik pakar2 kesihatan telah pun membuktikan bahawa kegunaannya dlm industri perubatan amatlah bekesan.. Tetapi, Yahudi-Freemason mahu kita menjadi hamba ubat-ubatan (dadah+kimia) berbahaya ciptaan mereka yg bukan menyembuhkan,tetapi meredakan utk sementara, malah menimbulkan penyakit lain pula dikemudian hari.

Filem seperti Reefer Madness (1936), Marihuana: Assassin of Youth (1935), Marihuana: The Devil’s Weed (1936) adalah beberapa cara propaganda lain yang nampak sengaja menciptakan Ganja sebagai ‘musuh’. Tujuannya? Projek Mind Control, dan untuk meminta restu dari publik demi meluluskan Undang-undang Anti Ganja.

Undang-undang Malaysia menghalalkan ROKOK dan ARAK, tetapi mengharamkan ganja. Ini kerana kerajaan malaysia ikut telunjuk Freemason.
Tiada tumbuhan ciptaan Allah yg sia-sia termasuk pohon GANJA
Sumber asal boleh baca di SINI

Tuesday 10 November 2015

Perasaan sedih kerana kematian orang yang disayangi


Kematian... 

Suatu perkara yang sangat pasti.. Hadirnya tanpa kita benar-benar sedari.. Apabila telah tiba masa bertemu Tuhan, maka tibalah masa untuk berehat dari aktiviti dunia. Syurga atau Neraka destinasi akhir kita. Allahu.  


Tanggal 09/11/2015, aku dikejutkan dengan satu berita yang sangat menyedihkan.. Abdul Fattah bin Hashim, seorang pelajar DPIM72 kos perladangan dari UiTM Arau, Perlis (2009-2012) telah pun kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah..




Boleh baca kat SINI

Arwah telah bekerja di Lembaga Hasil Dalam Negeri Perak ketika itu. Nak dijadikan cerita, arwah dan tunangnya a.k.a kawan aku jugak, pon budak ladang dari UiTM Arau gak masa tu, telah melangsungkan majlis pertunangan pada sehari sebelum arwah excident. :( 

Sedih kan.. Apala yang nyssa rasakan kan skrg ni, sbab aku yang tak berkaitan ni pon turut sedih berhari2,, apatah lagi depa dua yang memang bercinta dan berniat nak melangsungkan pernikahan. :( 

Aku terkesan jugak sebab aku pernah rasa mcm ni masa salah satu kawan baik aku meninggal dunia Jan 2012. Muhammad Fazrul Afiq bin Anwar. Aku ni best friend a.k.a admirer dia jugakla dari zaman sekolah. 


Arwah hujung kiri depan sekali


yang aku paling terkilan, few days before Allah jemput dia kembali alam ruh, kami ada balas2 komen dekat fb. Facebook dia dah pon deactivate lepas dia dah menggal masa tu, aku tak dapat cari dah mana komen2 tu. Ikuti perbualan kami:


Afiq: Hang stay mana sekarang?
Aku: Aku kat UiTM Arau gi. Nak abes Diploma. Ang pas degree ang sambung blajaq lagi ka?
Afiq: Aku belajaq sampai mati! Haha
Aku: (Sentap) (Terdiam) (Terkedu) Ang ni, memangla. Tapi perancangan ke depan cena?
Afiq: Tengokla ti camna.
Aku: Okay.

Masa nie aku memang tacing dengan dia sebab aku rasa dia kasaq gila komen dengan aku. 

Tapi,,,,, :(

Memang dia belajaq sampai mati.. Ada sebab rupanya dia komen macam tu :( Dia excident masa kat RNR Rawang. Masa dia cuti semester. Dia balik kampung nek kereta and setahu aku kereta dia kena langgar dari belakang and meninggal di tempat kejadian. 

Aku sedih sangat masa dia meninggal. Walaupon aku nie xdapat pi masa pengebumian dia, tapi aku dari jauh pon sedih sgt2. Aku hari2 berdoa aku dpt jumpa dia, aku tak lalu makan dan sebagainya, 

Sampaila agaknya doa aku makbul, 3 hari berturut2 aku mimpi dia. Hari pertama dan kedua, dia bercakap,. Aku pon xsure tu bayangan ka apa. Tapi last day, aku mimpi dia, aku dan seorang lagi perempuan, kabur. Kami tiga pakai serba putih, dia pimpin tangan aku dan perempuan lagi sorang tu. Berjalan dan terus berjalan tanpa penghujung. 

Tersentap aku bangun tidoq and aku dah tak berdoa lagi dah..Cuma sedekah Al-Fatihah dan doa agar rohnya di kalangan mereka yang beriman. Tu ja. 

Back to cerita arwah Fattah tadi, menurut kawan-kawan dia, dia ni orangnya sangat hebat. Suka senyum, suka bercerita, matang, suka tolong kawan and dia dengan kawan2 dia macam isi dengan kuku. :'( 

hampa bacalah, and hadam. Orang baik ni Allah sayang lebih kata azizi. :'(



Semoga Allah menempatkan beliau dikalangan mereka2 yang beriman. Selamat berehat Abdul Fattah bin Hashim. Semoga Allah memberi kekuatan pada keluarga dan sahabat handai untuk menepuh hari mendatang tanpamu disisi. Amin :'( 

Jujur, berjuraian air mata tatkala teringat arwah.. :'(

~ sharing is caring ~

Friday 6 November 2015

Training di Hotel Melia Kuala Lumpur

Training Training Training... 

Assalamualaikum uollssss..

Ha.. Entry hari ni pasal aku pegi training kat KL..
First time hokeyyy..yala,, hujung2 tahun ni ja start tak busy sket..hihi
One day, aku dapat email dari HR yang aku kena attend satu training ni and aku ok kan ja la sebab aku pon tak penah masok training luar. Sebelum ni In-House ja..

So, confirm la:

Training Title: Personal & Professional Effectiveness At Work
Training Date:  4 & 5 November 2015 (Wednesday & Thursday)
Training Time: 9:00am to 5:00pm (registration at 8:30am)
Training Venue:   Hotel Melia Kuala Lumpur (Across From Berjaya Times Square )


Bila sampai ja sana, masok parking, macam biasa, kalau naik motor, free rate la kan..haha..syukur jadi penunggang motosikal. Tiada traffic jam and tiada parking rate.. haha.. J

Naik lift, pergi level L (Lobby). Tanya2 la receptionist kan, rupanya dekat Al-Hambra ballroom..Level M1..





Pastu naik melalui tangga, belok kiri, jumpa la dua orang warga Hotel Melia untuk registration. Ok, ada 10 participants semuanya based apa yang aku nampak. So, letak beg,, amek breakfast.

View depan bilik training

Tapi100x ....................

Perut nak cari tandas,, pergi tandas, choyyyyyyy…no water host..Maksudnya tiada air untuk basuh.. jemmmm… L so, aku pon pergila tnya receptionist mana ada host or air untuk basuh. 

Dah macam cacing kepanasan aku ni haa.. yala, first time kot pergi hotel untuk training kan..haha

Last sekali, diorang cakap dekat level M2, toilet dia berdekatan dengan swimming pool. So dengan lajunya aku move terkedek2 nek lift la kan.. Untuk hampa, lepas keluar lift, terus belok kanan.

 jeng jeng jeng..

Tak puas hati aku, sama ja.,,tapi yang lainnya, ada button2. Cer tengok gambar di bawah. Meh sini aku ajarkan.. just share information. Mana tau hampa pon akan kena p sna jugak kelak nanti kan..haha

Button untuk menggunakan air di tandas

*     Nak flush untuk buangan air besar, tekan button atas sekali di tengah2.

*      Nak flush untuk buangan air kecil, tekan button hujung kanan. 

*      Nak basuh apabila kita buah air kecil, tekan buttop Bidet - Wide - Super.

*      Nak basuh bila kita buang air besar, tekan button Mild - Wide - Wides. Dia akan tembak tepat pada tempat yang sepatutnya. haha

*      Sama function jugak ni. Cuma lagi selesa guna dua button yang aku sebut tadi la..
*      Ni button STOP untuk hentikan air.

Ini antara view2 tandas dekat M2 la kan. Bolehla tahan. Sangat cantik dan bersih.



So, lets continue dengan cerita training 2 hari aku. So ni aku punya trainer. Madam cerene. 25 years pengalaman jadik trainer and dia jugak salah seorang master Shaklee. Sambil2 sesi kami tu, ada gak la dia cerita pengalaman bekerja dengan Shaklee and benefits. Siap bagi handout lagi okay.. tapi okay jugak.. Bagus jugak dia share, untuk kesihatan kan.. hihi



 Dalam training ni, banyak jugakla aku belajar. Macam2 tips dia ajar, and yang penting, banyak kawan baru la kan..

Ada yang datang dari:

*      KWAP - Kumpulan Wang Persaraan
*      Diamond King International
*      Asian Finance Bank
*      Time dot com
*      Ni satu lagi aku tak berapa ingat, sebab aku tak berapa rapat.haha

Nk tau lebih lanjut, boleh la ampa google sendiri k. hihi
Sepanjang kami training, so far so good. Proses perkenalan yang singkat tapi berkesan. Jadi, aku nak kongsi sikit2 gambar kami masa kat sana.


Dua orang ladies ni dari KWAP

Yang lelaki ni dari Diamond King International.. Speaking macam ayorrr..haha


Okay.. tu ja untuk entry kali ni.. kalo ampa nk baca, bacalaaa.. amek pengetahuan.. :D

~ Sharing is caring ~