Updates Kini

Memaparkan kisah2 yang pelbagai sama ada kisah hidup penulis atau kisah hidup orang lain.

Tuesday 10 November 2015

Perasaan sedih kerana kematian orang yang disayangi


Kematian... 

Suatu perkara yang sangat pasti.. Hadirnya tanpa kita benar-benar sedari.. Apabila telah tiba masa bertemu Tuhan, maka tibalah masa untuk berehat dari aktiviti dunia. Syurga atau Neraka destinasi akhir kita. Allahu.  


Tanggal 09/11/2015, aku dikejutkan dengan satu berita yang sangat menyedihkan.. Abdul Fattah bin Hashim, seorang pelajar DPIM72 kos perladangan dari UiTM Arau, Perlis (2009-2012) telah pun kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah..




Boleh baca kat SINI

Arwah telah bekerja di Lembaga Hasil Dalam Negeri Perak ketika itu. Nak dijadikan cerita, arwah dan tunangnya a.k.a kawan aku jugak, pon budak ladang dari UiTM Arau gak masa tu, telah melangsungkan majlis pertunangan pada sehari sebelum arwah excident. :( 

Sedih kan.. Apala yang nyssa rasakan kan skrg ni, sbab aku yang tak berkaitan ni pon turut sedih berhari2,, apatah lagi depa dua yang memang bercinta dan berniat nak melangsungkan pernikahan. :( 

Aku terkesan jugak sebab aku pernah rasa mcm ni masa salah satu kawan baik aku meninggal dunia Jan 2012. Muhammad Fazrul Afiq bin Anwar. Aku ni best friend a.k.a admirer dia jugakla dari zaman sekolah. 


Arwah hujung kiri depan sekali


yang aku paling terkilan, few days before Allah jemput dia kembali alam ruh, kami ada balas2 komen dekat fb. Facebook dia dah pon deactivate lepas dia dah menggal masa tu, aku tak dapat cari dah mana komen2 tu. Ikuti perbualan kami:


Afiq: Hang stay mana sekarang?
Aku: Aku kat UiTM Arau gi. Nak abes Diploma. Ang pas degree ang sambung blajaq lagi ka?
Afiq: Aku belajaq sampai mati! Haha
Aku: (Sentap) (Terdiam) (Terkedu) Ang ni, memangla. Tapi perancangan ke depan cena?
Afiq: Tengokla ti camna.
Aku: Okay.

Masa nie aku memang tacing dengan dia sebab aku rasa dia kasaq gila komen dengan aku. 

Tapi,,,,, :(

Memang dia belajaq sampai mati.. Ada sebab rupanya dia komen macam tu :( Dia excident masa kat RNR Rawang. Masa dia cuti semester. Dia balik kampung nek kereta and setahu aku kereta dia kena langgar dari belakang and meninggal di tempat kejadian. 

Aku sedih sangat masa dia meninggal. Walaupon aku nie xdapat pi masa pengebumian dia, tapi aku dari jauh pon sedih sgt2. Aku hari2 berdoa aku dpt jumpa dia, aku tak lalu makan dan sebagainya, 

Sampaila agaknya doa aku makbul, 3 hari berturut2 aku mimpi dia. Hari pertama dan kedua, dia bercakap,. Aku pon xsure tu bayangan ka apa. Tapi last day, aku mimpi dia, aku dan seorang lagi perempuan, kabur. Kami tiga pakai serba putih, dia pimpin tangan aku dan perempuan lagi sorang tu. Berjalan dan terus berjalan tanpa penghujung. 

Tersentap aku bangun tidoq and aku dah tak berdoa lagi dah..Cuma sedekah Al-Fatihah dan doa agar rohnya di kalangan mereka yang beriman. Tu ja. 

Back to cerita arwah Fattah tadi, menurut kawan-kawan dia, dia ni orangnya sangat hebat. Suka senyum, suka bercerita, matang, suka tolong kawan and dia dengan kawan2 dia macam isi dengan kuku. :'( 

hampa bacalah, and hadam. Orang baik ni Allah sayang lebih kata azizi. :'(



Semoga Allah menempatkan beliau dikalangan mereka2 yang beriman. Selamat berehat Abdul Fattah bin Hashim. Semoga Allah memberi kekuatan pada keluarga dan sahabat handai untuk menepuh hari mendatang tanpamu disisi. Amin :'( 

Jujur, berjuraian air mata tatkala teringat arwah.. :'(

~ sharing is caring ~

No comments:

Post a Comment