Updates Kini

Memaparkan kisah2 yang pelbagai sama ada kisah hidup penulis atau kisah hidup orang lain.

Friday 19 February 2016

Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat????

Assalamualaikum uoolllsss.. 

Hari ni saya nak ceritakan sikit mengenai satu peribahasa yang memang selau sangat kita dengar kan.. :)

"Biar mati anak, jangan mati adat"

What does it means??? 

Utamakan adat sampai nyawa anak pon boleh dimain2 ka???

Pepatah apakah ini???

Siapa yang mereka/menciptanya???

Al-kisahnya, my boss tanya dalam group whatsapp tentang hal nie. Nampaknya beliau tak puas hati dengan peribahasa ni okayy.. 

Sama la saya pon, berfikir jugak, kenapa melayu ni mengutamakan adat dari keluarga sendiri kan... 

Hmmmm.... 

Okay.. 

Straight to the point lah yer.. 

Actually, ada kisah di sebalik peribahasa ini.. 

Bukanlah dicipta oleh zaman selepas perang dunia pertama, bahkan bukan jugak dicipta oleh orang-orang melayu di zaman P.ramle, 

tetapi,,,

peribahasa tersirat ini dicipta pada zaman setengah abad yang silam tau.. Iaitu mengikut sumber yang sah, Tun Sri Lanang yang menciptanya.. Iaitu pada zaman kesultanan melayu melaka...

Saya google2, dan terjumpa satu facebook Adat Perpatih yang menghuraikan mengenai peribahasa ini.. 

Jangan malas2 tau nk baca sebab membaca ni jambatan ilmu.. Siapa lagi nk terangkan pada generasi akan datang mengenai hal2 ilmu masyarakat kita kalau bukan kita yang mengambil langkahnya... :)

Jom baca jom apa yang ditulis oleh Anjang: 

Biar mati anak, jangan mati adat?
Ada orang kata, pepatah melayu: “biar mati anak, jangan mati adat” dah tak sesuai, alasan mereka, jika anak mati, siapa yang nak teruskan adat?, lagipun bagi mereka, adat melayu tak penting sebab banyak ikut hindu, seperti bersanding waktu kahwin, renjis air mawar, inaikan tangan dan macam macam lagi, maka kenapa sanggup biar anak mati demi mempertahankan adat hindu dalam dunia melayu?,

Kalau dulu, memang ugama orang melayu sebelum kedatangan islam adalah ugama hindu, dah tentu hidup ikut cara orang hindu, tapi bila Sultan melayu masuk Islam, maka semua rakyat melayu juga masuk Islam, tapi, adat hindu masih di amalkan sampai sekarang, apa kes? 

Lepas tu sanggup pulak biar mati anak, jangan mati adat, bodoh ke apa?

Ops!, jauh perjalanan luas pengalaman, rajin membaca bertambah pengetahuan..

Sebenarnya, semua tahu sudah, pepatah “biar mati anak, jangan mati adat”,bukan dicipta oleh orang melayu di zaman P Ramlee atau selepas perang dunia pertama, tapi ditulis pada buku buku Sejarah Melayu pada setengah abad yang silam, dan menurut sumber, ianya ditulis oleh Tun Seri Lanang pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Disebabkan pepatah itu dicipta 600 tahun yang silam (atau lebih lama), maka kita perlu lihat kalimah "adat" itu mengikut skop 600 tahun yang silam, dan bukan mengikut skop hari ini.

Kalau kita pelajar undang-undang, kita akan belajar topik "Malay Customary Law" dalam subjek "Malaysian Legal System". Sebelum kedatangan Inggeris, undang-undang apa yang kita pakai? Sudah tentu bukan Common Law yang kita pakai pada hari ini. 

Masa tu kita pakai undang-undang adat.

Adat Perpatih diamalkan di Negeri Sembilan dan Naning, manakala Adat Temenggong diamalkan di negeri-negeri Melayu yang lain.
Adat Perpatih dan Temenggong ini bukan sekadar upacara "bersanding" dan "menepung tawar" saja, tapi merangkumi undang-undang secara seluas-luasnya --

 Undang-Undang Perlembagaan, Undang-Undang Jenayah, Undang-Undang Keluarga, Undang-Undang Tanah, dan Undang-Undang Pewarisan Harta, 

Sekadar menyebut beberapa contoh.

Contoh 1:

Dalam Undang-Undang Perlembagaan.

Hari ini, untuk melihat sistem pemerintahan negara, orang rujuk Perlembagaan Persekutuan. 

Dulu-dulu, orang rujuk adat. 

Adat Perpatih mengamalkan sistem demokrasi kerana pemimpin atasan dipilih oleh orang bawahan (mamak melantik buapak, buapak melantik lembaga, lembaga melantik undang, undang melantik Yamtuan), manakala Adat Temenggong pula mengamalkan sistem autokrasi kerana pemimpin teratas melantik orang bawahan (Sultan melantik Bendahara, Temenggong, Laksamana, dan Penghulu Bendahari).

Contoh 2:

Dalam Undang-Undang Keluarga dan Pewarisan Harta.

Hari ini, orang rujuk Akta atau Enakmen yang berkaitan. 

Dulu-dulu, orang rujuk adat. 

Adat Perpatih mengamalkan sistem "matriarchal" (berpihak kepada perempuan), manakala Adat Temenggong mengamalkan sistem "patriarchal" (berpihak kepada lelaki).
Begitu juga dalam Undang-Undang Jenayah: Hari ini, untuk melihat hukuman terhadap sesuatu kesalahan, orang rujuk Kanun Keseksaan. Dulu-dulu, orang rujuk adat. Adat Perpatih dan Temenggong menyenaraikan KESALAHAN dan HUKUMAN (sama juga Kanun Keseksaan pada hari ini). Hukuman dalam Adat Perpatih bersifat "restitution" dan "compensation", manakala hukuman dalam Adat Temenggong pula bersifat "punishment" dan "retaliation".

Kesimpulannya, kalimah "adat" pada 600 tahun yang silam adalah sama dengan kalimah "undang-undang" pada hari ini. 

Jadi, pepatah "biar mati anak jangan mati adat" itu adalah pepatah yang SANGAT-SANGAT BAGUS. 

Maksud pepatah itu: Jika kau orang yang berkuasa melaksanakan undang-undang, dan yang melanggar undang-undang itu adalah anak kau sendiri, kau kena laksanakan juga undang-undang itu. Biar anak kau mati, jangan undang-undang yang "mati" (tidak berfungsi).


Haaaaa.. 

Dah paham belom?? Kena sabar yer kalau nak ambil ilmu.. Sebab belajar ni perlukan kesabaran... Kalau nak baca lebih lanjut, jom KLIK di sini.. 

~ Sharing is Caring~

No comments:

Post a Comment